Sunday, September 29, 2013

Zizan dapat tunjuk ajar dari Pak Nil kendali AF


Zizan dapat tunjuk ajar dari Pak Nil kendali AF

Menjadi pengacara bagi salah sebuah program terbesar Astro, Akademi Fantasia 2013 (AF2013) bukanlah tanggungjawab yang mudah apatah lagi sebelum ini pentas tersebut pernah diduduki beberapa nama pengacara popular yang diangkat kredibilitinya selepas mengacara program tersebut.
Baru beberapa minggu mengacara AF 2013 Zizan Razak, 29, mengakui keadaan dirinya ketika mengacara masih tidak selesa tambah Zizan lagi masih banyak yang perlu dipelajari.
"Selepas mengacara musim pertama saya tengok balik video rakaman ketika saya mengacara memang tidak dapat sorok kegugupan saya ketika mengacara di atas pentas. Apatah lagi ini merupakan program pertama yang memaksa diri saya untuk tampil serius yang mana sebelum ini untuk membuat penonton gelak adalah lebih mudah."
Menurut Zizan lagi, Pak Nil yang pernah menjadi pengacara bagi rancangan tersebut selama 5 tahun bagi 5 musim AF berturut-turut banyak memberikan komen serta teguran membina.
"Pak Nil merupakan seorang guru yang sangat bagus. Dia datang sendiri kepada saya dan menegur kesilapan ketika melihat saya di atas pentas. Dia miliki pengalaman lebih 20 tahun dari situ saya ambil itu sebagai sesi pembelajaran bersama."
Selain daripada menjadi pengacara bagi rancangan Akademi Fantasi 2013, Zizan Razak bakal muncul dengan filem barunya berjudul "Abang Long Fadil" yang dijangka rilis pada tahun hadapan.

Friday, September 27, 2013

RON95 naik lagi?


RON95 dijangka akan NAIK lagi...
Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.
Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.
"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia," kata beliau kepada Bernama. 
Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.
Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.
Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.
Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.
Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.
PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.

Lagi kes guru suruh pelajar 'balik China, India'


guru suruh pelajar 'balik China, India'
Seorang guru sekolah menengah di Semenyih, Selangor didakwa meminta pelajar yang enggan menyanyi dan menghormati lagu kebangsaan agar "balik ke India (atau) China".
Laporan Sin Chew Daily menyebut, pembantu pengetua di SMK Engku Husain berkata demikian semasa perhimpunan mingguan di sebelah petang pada 23 September.
Beliau didakwa meminta pelajar tersebut "balik" jika tidak menyukai Malaysia.
Akhbar tersebut melaporkan bahawa sekolah itu telahpun menjalankan siasatan ke atas perkara berkenaan, yang timbul apabila pelajar terbabit memuatkan perkara itu di laman Facebook mereka.
Pengetua Abdul Ghafar Kunchi Mohd (kanan) memberitahu Sin Chew bahawa kalangan pelajar terbabit - ada di antaranya tidak memahami bahasa Melayu dengan baik - sebelum ini dinasihati dan diberi amaran, malah dirotan kerana tidak menyanyi dan menghormati 'Negaraku' tetapi tidak berkesan.
Ghafar berkata ia mungkin menyebabkan pembantu pengetua terbabit hilang sabar dan mengucapkan kata-kata tersebut.
Katanya, beliau akan meminta guru wanita tersebut menjelaskan perkara tersebut sebaik pulang dari satu kursus esok.
Tambahnya, kata-kata itu tidak patut diucapkan dan beliau akan meminta guru tersebut meminta maaf kepada pelajar tersebut semasa perhimpunan.
Laporan berkenaan turut memetik kenyataan timbalan menteri pelajaran P Kamalanathan yang berkata kementerian akan menyiasat kes tersebut.

Adam AF, Fiza Elite selamat diijabkabul

Adam AF, Fiza Elite selamat diijabkabul



Penyanyi Adam AF dan kekasihnya Fiza Elite telah sah bergelar sebagai pasangan suami isteri selepas mereka selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada pukul 10.30 pagi tadi di Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Shah Alam.
Dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan, akad nikah disempurnakan oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid yang berwalikan bapa Fiza, Abdul Halim.
Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Md Saman memberikan mas kahwin sebanyak RM300 berserta dengan hantaran berupa sepersalinan barangan ibadah.
Majlis ini dihadiri oleh 50 orang kenalan rapat termasuk keluarga dan rakan media.
Dalam pada itu, majlis persandingan bagi pihak lelaki akan diadakan di Sabah pada pertengahan bulan depan.
Adam dan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim mula intim sejak Ramadan lalu, dan dalam tempoh yang singkat Adam telah mengambil keputusan untuk menjadikan Fiza sebagai suri hatinya.
Ini merupakan perkahwinan kali pertama buat Adam, manakala perkahwinan kali kedua buat Fiza yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Farriq Zainal Abidin namun bercerai pada 4 November 2010.
Hasil perkahwinan pertamanya, Fiza telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq,3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 2.

Friday, September 13, 2013

Jom Buat Duit Dengan Iklan (8share)


  xde duit?? Jangan risau..i ada jalan penyelesaiannya.... 

Kalau korang xde kerja seharian je buka lappy layan fb or twitter, jom join ni 8share Malaysia dapat gak korang tambah duit poket. Ye la dari x buat apa2 dapat gak duit dari share iklan ..ianya semudah ABC je...heheeh...trust me..



Jom Join 8Share Disini


Selain menambah duit poket, boleh bayar bil untuk internet korang dari duit share iklan ni. xde la terbazir camtu je masa korang layan fb...sambil fb, sambil2 tu juga kita beriklan..org klik view iklan kita, kita dapat duit... :) 




lagi2 kalau dapat UV yg view byk ni...mesti korang happy 

Jom kita sama2 menjadi jutawan 8Share Malaysia...sama2 melepaskan diri dari aktiviti yg x berfaedah sambil berFB...


massyyuukkk dapat duit byk ni dari 8Share..

Koleksi Gambar Kucing Comel

Sape peminat kucing kat sini? Sila angkat kaki...hahaha....i memang minat kucing sejak zaman budak2 lagi. Sekarang dh jadi emak org pun still minat gak..sampai anak2 pon terikut perangai ibu yang suka mencium kucing...hehe..bak kata org, walaupun tahi kucing bau..(x tahu nak kata tahap mana keterukkan bau dia..tapi mmg hampehh)..kucing tetap comel gak dimata kita..jom kita layan koleksi gambar2 comel yg kiut-miut ni...






yg ni pandai lak gelak tutup mulut

amboi.sukanyer dia...sampai menari2..

pandai main kelip2 mata lak...hehehe

kalau kucing buat aksi camni, ada la sebab tu..hihihi


Macam2 je aksi kucing2 comel ni..rasa nak gigit2 je pipi dorang yg berbulu tu...seriuuss geram i tengok...ahahaha...Terakhir, i harap korang jaga la kucing yg kiut-miut kat umah tu..wlupun dia hari2 berak...tapi dia tetap kiut...



ni I yang tengah menulis...hehehe..(perasaan)