Friday, September 27, 2013

Adam AF, Fiza Elite selamat diijabkabul

Adam AF, Fiza Elite selamat diijabkabul



Penyanyi Adam AF dan kekasihnya Fiza Elite telah sah bergelar sebagai pasangan suami isteri selepas mereka selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada pukul 10.30 pagi tadi di Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Shah Alam.
Dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan, akad nikah disempurnakan oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid yang berwalikan bapa Fiza, Abdul Halim.
Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Md Saman memberikan mas kahwin sebanyak RM300 berserta dengan hantaran berupa sepersalinan barangan ibadah.
Majlis ini dihadiri oleh 50 orang kenalan rapat termasuk keluarga dan rakan media.
Dalam pada itu, majlis persandingan bagi pihak lelaki akan diadakan di Sabah pada pertengahan bulan depan.
Adam dan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim mula intim sejak Ramadan lalu, dan dalam tempoh yang singkat Adam telah mengambil keputusan untuk menjadikan Fiza sebagai suri hatinya.
Ini merupakan perkahwinan kali pertama buat Adam, manakala perkahwinan kali kedua buat Fiza yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Farriq Zainal Abidin namun bercerai pada 4 November 2010.
Hasil perkahwinan pertamanya, Fiza telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq,3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 2.

No comments :